Kakitangan Herbalife dan Pengedar sedang bertungkus lumus untuk megubah corak hidup orang ramai. Perhatikan bagaimana kami berjaya membuat impak secara global dan tempatan dengan menolong mereka yang memerlukan pertolongan.
Yayasan Keluarga Herbalife: Casa Herbalife di Serata Dunia
Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) meneruskan perkembangan program Casa Herbalife, yang direka khas untuk memberi nutrisi yang baik kepada kanak-kanak di serata dunia, Program Casa Herbalife akan bekerjasama dengan organisasi amal untuk memastikan kanak-kanak diberi hidangan makanan yang lazat dan bernutrisi. Dengan bertambahnya momentum program ini, kami berkomited untuk membuka 64 program Casa Herbalife. Sila kunjungi laman web www.herbalifefamily.org. untuk menatap senarai terkini kesemua program Casa Herbalife di serata dunia.
Yayasan Keluarga Herbalife adalah 501(c) (3)organisasi tanpa untung
Yayasan Keluarga Herbalife: Bantuan Mangsa Bencana Hurikan Disokong oleh sumbangan daripada Pengedar dan kakitangan Yayasan Keluarga Herbalife, bersama Herbalife, menderma dalam anggaran $400,000 kepada Palang Merah Amerika untuk membantu mangsa-mangsa Hurikan Katrina, Rita dan Stan. Palang Merah menggunakan wang pendermaan untuk memberi makanan yang amat diperlukan, tempat tinggal, bantuan kewangan kecemasan serta perkhidmatan kesihatan fizikal dan mental.
Yayasan Keluarga Herbalife: Bantuan Mangsa Bencana Tsunami Sebagai menyahut seruan untuk bantuan pada Disember 2004 semasa tsunami melanda Asia Tenggara dan Afrika, Herbalife mengetuai usaha menubuhkan tabung untuk mangsa-mangsa bencana tsunami. Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) ر sebuah 501(C)(3) organisasi bukan untung yang ditubuh khas untuk menolong kanak-kanak yang memerlukan bantuan telah mengadakan sebuah tabung khas untuk mengutip derma, yang kemudiannya diberikan kepada Save the Children dan SOS Children's Villages dua organisasi antarabangsa yang menumpukan pada keperluan kanak-kanak. Kedua-dua organisasi ini telah lama ditubuhkan di kawasan-kawasan yang terlibat
Tabung derma yang ditubuhkan telah memanfaatkan
Save the Children. Organisasi ini akan memenuhi keperluan kecemasan dan jangka kanak-kanak termiskin dan keluarga mereka di beberapa kawasan tertenu – mempunyai pasukan keselamatan yang membantu di beberapa kawasan yang dilanda teruk seperti Wilayah Aceh di Indonesia. Pasukan-pasukan ini membawa bekalan seperti bahan api, barangan untuk kegunaan tempat tinggal sementara dan makanan, terutamanya untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Gabungan tenaga Herbalife dengan Save the Children bermula sejak pendermaan HFF yang pertama untuk membantu di Kosovo pada tahun 1999.
SOS Children's Villages. SOS telah menjadi fokus HFF di India selama enam tahun. Kakitangan SOS staff di Nagapattinum, India yang dilanda teruk bekerja di dalam khemah-khemah memberi pertolongan cemas dan menggerakkkan bahan sumber untuk membantu kanak-kanak, banyak di antara mereka yang kehilangan ibu-bapa mereka dalam bencana tsunami.